PHNOM PENH: Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) buat julung kali akan memperkenalkan penggunaan kamera badan kepada pengadil bagi memastikan keputusan setiap pertandingan dibuat dengan telus dan tiada berat sebelah.
Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, langkah itu juga adalah untuk menunjukkan bahawa pengadil yang diberi tanggungjawab mengadili setiap kejohanan melaksanakan tugas mereka dengan berintegriti.
"Kita perkenalkan kamera badan untuk meningkatkan tahap pelaksanaan dan perjalanan sepak takraw dipandang di mata dunia iaitu satu sukan yang telus dan mempunyai integriti dalam membuat keputusan dalam setiap kejohanan.
"Ia juga memberi ruang kepada ISTAF untuk mengawasi secara dekat setiap pengadil yang diberikan tanggungjawab mengadili perlawanan di peringkat dunia, Sukan Asia dan Sukan SEA menjalankan tugas dengan jujur dan amanah," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Beliau berkata, penggunaan kamera badan itu juga sebagai langkah transformasi dilakukan badan induk sepak takraw itu bagi mendapatkan pengiktirafan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) supaya sukan berkenaan disenaraikan dalam Sukan Olimpik pada masa akan datang.
Sehubungan itu, Abdul Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) berkata, pihaknya akan mengemas kini pentadbiran, pelaksanaan dan perjalanan ISTAF dalam perkara berkaitan etika dan integriti.
Bagi tujuan itu, beliau berkata, ASTAF melantik bekas presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Etika dan Integriti ASTAF bagi memastikan imej ISTAF sebagai sebuah organisasi sukan antarabangsa diangkat setaraf dengan persatuan sukan Olimpik yang lain.
"Kita mahu mengambil langkah-langkah dalam mengekang isu seperti rasuah, pilih kasih dalam kalangan pengadil yang mengadili pertandingan walaupun perkara ini belum terjadi," katanya.
Beliau berkata, sebagai percubaan, penggunaan kamera badan itu dilaksanakan ketika acara berpasukan lelaki pada Sukan SEA 2023 antara Malaysia dan Thailand, dua hari lepas.
"Insya-Allah kita akan gunakan sepenuhnya kamera badan ini pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand yang akan berlangsung di Korat dari 9 hingga 16 Julai depan," katanya.
Beliau berkata, pelaksanaan penggunaan kamera badan itu akan diperluas kepada penjaga garisan yang dapat memberi sudut pandang lebih ideal dalam membuat keputusan.
Sementara itu, beliau berkata, ISTAF akan terus menggunakan "challenge camera" pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai untuk melihat semula kedudukan bola sama ada keluar atau masuk menerusi rakaman video, bagi memastikan keputusan perlawanan dibuat dengan tepat.
"Kita dapati semasa perlawanan antara Malaysia dan Thailand (dua hari lepas), daripada 20 challenge diminta (dalam menentukan kedudukan bola), 10 daripadanya ialah reverse decision atau keputusan yang tepat atau sebaliknya," kata beliau. - BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Langkah itu juga adalah untuk menunjukkan bahawa pengadil yang diberi tanggungjawab mengadili setiap kejohanan melaksanakan tugas mereka dengan berintegriti. - Gambar hiasan/Bernama
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
KUSKOP seru setiap agensi perkasa operasi perbankan digital, khususnya AI
Semua agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diseru memperkasa operasi perbankan digital masing-masing khususnya melibatkan bidang kecerdasan buatan (AI).
Cecah 43 celcius, elak dehidrasi, strok haba
Beberapa jemaah Malaysia bakal haji akui cuaca begitu panas di Mekah sekarang, tetapi mereka mengambil langkah waspada untuk tidak terdedah dengan cuaca di luar bagi mengelak dehidrasi dan strok haba sebagaimana disarankan Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
Setiap hari terpaksa 'berperang' dengan ribuan lalat
Penduduk Flat Taman Sintar Indah, Nibong Tebal tidak mampu lagi bertahan dengan 'kehadiran' ribuan lalat setiap hari yang telah menganggu kehidupan seharian mereka.
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.